Thursday, September 18, 2008

Zulaikha Binti Ahmad Suhaimi

nama sebenar: zulaikha binti ahmad suhaimi
umur: 20 tahun
tarikh lahir: 8 julai 1988
tempat lahir: hospital kuala lumpur
pendidikan:
Tadika Abim, Tanjong Malim(1994)
Sekolah Rendah Kebangsaan Methodist, Tg Malim(1995-1999)
Sekolah Minden Height, Pulau Pinang (2000)
Sekolah Hj Mohd Noor Ahmad, Pulau Pinang (2001 ,Januari-Februari)
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Puan Habsah, Pulau Pinang(2001-2003)
Sekolah Menengah Kenbangsaan Methodist, Tg Malim (2003-2005)
Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Tg Malim (2006 -2007)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tg Malim
hobi: mengumpul khazanah laut, melukis, mereka cipta dan gemar menulis puisi.
muzik: muzik Jepun
wayang: yang menghiburkan dan kelakar
zodiak: cancer
cita-cita: guru pendidikan seni
e-mail: zuelaikha_88@yahoo.com
falsafah: setiap insan perlu ada kekuatannya, tanpanya tiang yang dibina sekuat manapun pastinya akan rebah




HASIL KARYA ZULAIKHA














Mari Bersama Menghayati Puisi Hasil Nukilan Saya Yang Bertajuk Peperangan Ini .Puisi ini dihasilkan ketika menjana idea bagi tajuk dadah..
Peperangan Ini
pada era ini
di zaman harmoni sebegini
warga mu terus dialuni dengan sisa hidupnya
insan itu perlu kita kerjakan dari muka bumi
kerna mereka tiada erti keinsafan

tidak kira apa bangsa
tidak kira apa anutannya
warga mu terus kelaparan mencari dadah
inikah manusia yang di cipta di muka bumi ini
tiada langsung erti kesedaran

bila anda datang kami sembunyi
bila anda kejar kami lari
prinsip yang tiada kesudahannya
walau dimana dikejar atau mengejar
najis itu tetap mengiringi mereka

ayuhlah semua
kita ayunkan langkah kita
membuka semua ruang
melangkah terus kehadapan
ilmu di dada sebagai benteng pertahanan
agama dididik bangsa dijaga
musnahkan dadah tanda kemenangan
hasil sajak ini dihasilkan pada zaman persekolahan dahulu. Sajak ini di cipta sempena pertandingan sajak jauhi dadah bagi peringkat negeri.
sama-sama kita hayati penegertian sajak ini...
CERITA YANG LUKA
insan yang mulia
yang bergelar warga dunia
masihkah terlena dibuai cerita luka
anak-anak remaja dan belia
tidak kira apa warna
tidak kira apa anutannya
dinodai kesuciannya dengan ganja, morphin,
heroin dan sebangsa dengannya
gara-gara ingin memcuba
atau menyelesaikan kekusutan yang ada
atau dipengaruhi oleh rakan sebaya
tanpa jati diri tanpa semangat waja
dadah dipilih rakan setia
kini bait dan gemanya
bermukim dimedia massa
saban hari ia telah menundukkan
kepandaian seorang mahasiswa
kejelitaan seorang wanita
kenakalan seorang remaja
kealiman seorang beragama
masa remajamu melayang
dilanda kemelut dinodai dengan dadah
yang menghulurkan nafsu dan kealpaan
melerai kasih ayah bonda
memusnah cinta agama
dadah parasit dan pembunuh
pernah dinobatkan musuh nombor satu negara
pelebur impian dan cita-cita manusia
perampas erti bahagia
bersama asap, debu dan suntikan
insan yang mulia
bukalah matamu
genggam erat tangan mu
agar lenyap cerita yang luka ini
dengan agama mengajar manusia menjadi baik
memerangi dadah punca masalah
KEPASTIAN

No comments:

Post a Comment