Friday, September 12, 2008

Tan Jian Siong

nama: tan jian siong
warganegara: Malaysia
hobi: melukis

asal: Melaka
status: bujang
cita-cita: seniman
motto: Impian akan capai apabila kita berusaha gigih.


Hasil karya saya (semester 1)





















Apa itu seni

Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Melaysia ,terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka(1988),"seni bermaksud kecil sekali ,halus,molek atau elok,kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yang indah-indah".

Manakala berdasarkan Ensiklopedia Malaysiana (1996:453),"Seni ialah sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan atau pendengaran".

Lukisan pemandangan dengan pelbagai unsur-
unsur seni

Seni juga adalah suatu ciptaan atau ekspresi terhadap sesuatu yang dianggap indah.Ia memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor keagamaan,kebudayaan,ruang,masa dan keadaan tertentu.Seni mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi dan mempunyai hubungan dengan seni visual,seni muzik,seni tari,seni mempertahankan diri,seni bina dan pelbagai ciptaan yang lain.Manusia melahirkan sesebuah karya melalui perasaan,pengalaman dan ransangan serta dilahirkan melalui hasil seni.
Seni terjelma daripada penjanaan fikiran yang kreatif.

Potrat Obama

Contohnya,bagi pengukir,mereka melahirkan perasaan atau pengalaman pada hasil ukiran,manakala penyair pula merakamkan perasaan atau sesuatu mesej itu pada penyampaian dalam bait-bait sajak.Pada pelukis pula,mereka melahirkan mesej atau pengalaman melalui catan atau palitan warna pada permukaan kanvas.






Lukisan bertemakan penderaan
kanak-kanak


Gambar semasa saya menjadi guru sandaran 2008















Pertandingan bola keranjang di Melaka Lawatan sambil belajar di TUDM

Bahasa Melayu

Bahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman

Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna

Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal hingga penghujung abad ke-19. Buku ini sengaja mengelak daripada penzamanan kerana agak sukar membezakan satu zaman dengan zaman lain dalam bahasa. Bahasa tumbuh dan berkembang mengikut keadaan masyarakat dan pengaruh yang datang dari luar. Walaupun berlaku perubahan terhadap bahasa, tetapi agak sukar menentukan masa yang tepat terhadap perubahan tersebut

Penulis mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Muhammad Jafar yang telah melukis semula peta di dalam buku ini daripada sumber: Rumpun Melayu-Polinesia (1990) dan Map of the World (n.d.), dan Aditya Adawiyah yang menulis semula aksara daripada sumber: Harahap, E. St. (1960), Kridalaksana, H. (1982), Crawfurd, J. (1852), Burckhardt, T. (1976), Mulia, T.S.G. dan Hidding, K.A.H. (1955), Wan Ali Hj. Wan Mamat (1988), dan Pedoman umum ejaan Jawi yang disempurnakan (1987). Tatacara penulisan di dalam buku ini berasaskan gaya Penerbit USM dan penulis mempersetujuinya

Bukti yang diperlihatkan di sini kebanyakannya daripada data persuratan. Tidak semua data bertulis dimasukkan di dalam buku ini. Sebahagiannya data tersebut dipilih kerana popular dan sebahagian lagi kerana mudah diperolehi. Oleh yang demikian, kekurangan semestinya terdapat di dalam buku ini. Kata pepatah Melayu "tiada gading yang tak retak", maka dengan rendah hati, penulis mengharapkan nasihat dan teguran yang membina daripada pembaca

Terima kasih,
DARWIS HARAHAP


Hari Kebangsaan (31 Ogos)


Pada 31 Ogos 1957, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama, melaungkan perkataan, Merdeka! Merdeka! Merdeka! di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Itulah permulaannya sambutan hari kemerdekaan Malaysia


Hari kebangsaan negara ini disambut di seluruh negara Malaysia setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas dari belenggu penjajah British sejak 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun

Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka

Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putra Jaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti di Malaysia

PANTUN: KEMERDEKAAN

Ingatkah kamu hari itu,

Sewaktu negaraku lahir merdeka,

Ingatkah kamu hari itu,

Titik permulaan negara kita

Terkenang kembali saat gemilang,

Sahutan 'Merdeka !!' berulang kali,

Impian seluruh rakyat terjulang,

Senyum di muka, Gembira di hati

Berkobar kobar semangat membara,

Membela rakyat, membina negara,

Menjulang impian rakyat jelata,

Membina martabat sebuah bangsa

Kini hampir separuh abad berlalu,

Semarak lagikah semangat merdeka,

Ingatkah kamu hari itu,

Sewaktu negaraku lahir merdeka

Wahai saudaraku dari Malaysia,

Ukirkanlah semangat merdeka dihati,

Jangan persiakan perjuangan merdeka,

Hasil merdeka bersama kita dinikmati

Marilah bersama bersatu dihati,

Bersama membina bangsa Malaysia,

Impian merdeka belum dikecapi,

Bangun rakyat Malaysia, bangun bersama

Masih banyak perjuangan kita,

Ingatlah semangat ketika merdeka,

Satukan hati dan kerahkan usaha,

Agar tercapai jua impian merdeka

No comments:

Post a Comment