ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA......
Nama: Puan Norzalina Hj Noor
PENASIHAT PROJEK ILMIAH WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU
(KUMPULAN J)
Nama Samaran: Eina Dyba
Umur: 32 Tahun
Agama: Islam
JOM JEJAK BERSAMA SAYA………..
Alhamdulliah akhirnya siap sudah Projek Ilmiah kumpulan J, Wacana Akademik Bahasa Melayu. Saya ingin melahirkan rasa bangga dan terharu atas inisiatif kalian semua hingga terhasillah blog kumpulan kamu sendiri. Terima kasih atas kerjasama semua ahli yang terlibat dan segala penat lelah yang kamu curahkan selama ini. Walaupun mungkin ada kalanya saya terkasar bahasa, mengherdik dan menyindir kamu semua tapi anggaplah itu sebagai usaha saya ingin mendidik kamu menjadi manusia yang bertanggungjawab dan berdisiplin demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Harapan saya agar kamu akan jadi lebih baik dan lebih berdaya maju dalam kehidupan kamu yang akan datang.
Diharap blog ini akan kekal seperti ini dan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara kita semua. Saya juga berharap agar blog ini dapat kita manfaatkan hingga kamu semua habis belajar di UPSI ini dan seterusnya menjadi guru yang berdedikasi, berketrampilan dan berdaya saing. Ada banyak lagi sebenarnya cabaran dan dugaan yang akan kamu tempuhi dan itu semua tidak akan tamat hanya dengan menggengam segulung ijazah. Untuk membina kehidupan sebenarnya bukanlah suatu perkara yang mudah. Kita bermula dengan tidak tahu apa-apapun tapi akhirnya kita sudah pandai dari segala segi bercakap benar, jujur, menipu, memberontak, menjerit, menangis, ketawa, berani, takut dan sebagainya. Kita hadir dan mulai hidup kita dengan tangisan dan akhirnya kita akan buat orang lain menangisi pemergian kita. Itulah lumrah kehidupan.
Menjalani kehidupan sebenarnya ibarat belayar di lautan yang luas. Kita tidak akan temui hujung bagi setiap perjalanan yang kita mulai. Adakala air laut itu surut dan adakalanya pasang. Kadangkala ribut datang melanda tanpa kita duga. Bak kata orang kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Penuhi dan perlengkapkanlah diri anda dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya. Sekiranya berlaku sebarang kepincangan dalam kehidupan anda, sekurang-kurangnya anda sudah cukup bersedia menghadapinya dengan penuh bijaksana.
Semoga apa yang anda perolehi sepanjang perjalanan ini boleh menjana kebahagiaan dan kehidupan anda di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment