Thursday, September 18, 2008

Nor Hayati Bt Husin @ Sulaiman

biodata diri
diriku telah dianugerahkan nama Nor Hayati Bt Husin @ Sulaiman oleh kedua-dua insan yang amat ku kasihi,bonda ayahanda.Maksud namaku memberi banyak pengertian pada diri mereka yang bermaksud Cahaya Hidupku.Cita-cita menggunung tinggi dan hampir dicapai untuk menjadi pendidik yang berwibawa. Anak bongsu yang lahir di daerah sunyi Tanah Merah Kelantan menjadikan abang sulungnya sebagai sumber inspirasi untuk menjadi seorang pendidik. Diriku sentiasa dihubungi oleh keluarga tersayang melalui talian 013-9355141.


Kenangan sewaktu bersama-sama mengikuti program Pesta Bahasa Antarabangsa 2008 yang memberi pengalaman bermakna dan pengetahuan tentang pelbagai bahasa dan kebudayaan.

wanita, kecewa dan air mata

3 Februari 2008
Telah tertulis. Dari jutaan tahun yang lampau. Kisah wanita merana. Angkara insan durjana. Untuk kesekian kalinya. Dan terulang-ulang kisah luka itu. Diceritakan dari mulut nan manis, atau lahir dari hati yang busuk. Kisah wanita yang luka selalu ada di mana-mana.
Hari ini seorang wanita hatinya mengeluh. Tentang lara yang berlanjutan dalam hidupnya. Kalau boleh, dia enggan mengeluh. Hanya mahu diam dan melalui dengan sabar. Tapi lubuk hatinya selalu berkata-kata. Tentang sesuatu yang tak kesampaian. Nada-nada suram menyanyi kecil dalam fikirannya.

Aduhai wanita..harga kecewa itu sungguh bernilai dalam hatimu yang halus. Setitik kecewa yang singgah begitu berbekas. Kisah luka itu kau simpan kemas dalam kotak rahsia hatimu. Iringan airmata perkara biasa buat seorang wanita yang mulus hatinya.
Akan selalu tertulis begitu. Wanita, kecewa dan airmata. Selalu beriringan dalam nada yang satu.
Karya;Hidithuna home.

Mengenali Mu, Ya Allah
Karya;Masuri S.N

mengenali-Mu, ya Allah
rasanya makin merindu
yakin - itu sudah tidak pernah
aku tanyakan pada diriku
kepada kalbuku
kerana sejak aku tahu
mengenal kehidupan
ketika masih belum mengaji
mukadam dan al-Quran
aku sudah diberi kenal
ada bintang
ada bulan
ada mtahari
dan awan
ada yang menjadikan;
begitu aku terasa
tanpa bertanya
aku ingin makna mendalam
sudah kuterima kenyataan
bahawa alam jagat dan
seuruh makhluk ini
ada yang menjadikan
ciptaan-Mu, Tuhan
Maha Pengasih Maha Penyayang.
berulang-ulang
dalam hidupku diberi nafas
berterusan menghayati nikmat
makan minum dan tidur berehat
maka dadaku penuh mengigati
nama-Mu sentiasa
di bibirku
dan degup jantungku
sentiasa mengigati-Mu
adalah tandaku
dalam ikatan-Mu.
maka apabila aku diberi hayat
di alam jagat-Mu
bergerak, berkerja
mencarimakan dan
bergaul dengan insan
insan dan umat-Mu
menjadi sebutan
degup hatiku;
dan apa
dan bagaimana
dan di mana
aku berada
aku sentiasa dikurniai
inayah-M, ya Allah
maka aku sentiasa mengingati-Mu.
maka dalam bersorak
bergerak dan berteriak
untuk apa
untuk bagaimana
aku tiba-tiba saja
seperti digerak
oleh suatu kuasa
menyentuh dalam kalbuku:
maka aku menjadi terkelu
mati teriak sorakku
kerana nafasku
terasa tinggal satu, satu.
maka tahu aku, ya Allah
lonjak dan sorak
gelak dan teriak
bisa sekali lenyap
dalam satu helaan hafas:
ketika dalam kealpaan
menghayati dalam kefanaan.

Hasil Karya Ku~

No comments:

Post a Comment