Thursday, September 11, 2008

Nik Siti Aishah Binti Nik Othman

Naib Pengerusi Projek Ilmiah Wacana Akademik Bahasa Melayu (Kumpulan J)
assalamualaikum~

nama sebenar: Nik Siti Aishah binti Nik Othman
nama samaran: Nik/Ct/Aishah
umur: 19 tahun
program: Program Pendidikan Seni (UPSI)
salah satu aktiviti yang disertai semasa semesta1 di UPSI: Program International Fiesta Language 2008

Bersama pensyarah-pensyarah tersayang iaitu Puan Nozalina Hj Noor (kiri) dan Cik Alina Abdullah (kanan)




gambar saya bersama pensyarah UITM Shah Alam dan juga sebagai artis Malaysia yang bernama, En Suzlee Ibrahim




antara lukisan-lukisan hasil tangan saya sendiri


Jom Jejak Bersama Saya
Disini saya ingin kongsi tentang kenapa kita harus membaca membaca:
Membaca adalah salah atu cara untuk dapatkan ilmu ,membaca juga telah menjadi kebiasaan semua orang.Ramai orang yang suka membaca,salah seorang ialah saya sendiri dan saya tahu anda juga suka membaca.Kenapa kita harus membaca ?


Pertama sekali kita lihat dari pandangan Islam,agama Islam sendiri mengutamakan membaca untuk dapatkan ilmu.Islam meletakkan ilmu sebagai asas dalam pembangunan diri manusia dan alam seluruhnya. Tuntutan pertama dan utama terhadap manusia ialah saranan menuntut ilmu, kerana ianya merupakan asas pemikiran dan pembuka minda. Ini telah diperkukuhkan dengan turunnya wahyu pertama yang diterima olah Rasul Allah S.A.W. dalam surah al-‘Alaq ayat 1-5:


Maksudnya : “(Wahai Muhammad bacalah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian mahkluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.


Selain itu,Bagi saya kita harus membaca sebab dengan membaca kita akan dapat banyak faedahnya dan bukan hanya mendatangkan faedah kepada diri sendiri sahaja malahan dapat memberi faedah kepada agama ,bangsa dan Negara kita.Membaca adalah salah satu cara untuk menambah ilmu pegetahuan dan lebih bagus kerana dapat ‘mendidik’ otak agar lebih kreatif serta mengembangkan kekuatan otak.Membaca juga dapat menambahkan ilmu di dada,apabila kita mempunyai ilmu kita akan dipandang tinggi oleh orang lain dan kita tidak akan mudah ditipu oleh orang lain dengan mudah.


Membaca juga merupakan suatu proses untuk memperolehi ilmu dan maklumat dengan menggunakan deria dan minda samaada melalui bahan-bahan bercetak atau media elektronik seperti komputer dan sebagainya. Deria dan minda yang dicerna dengan ilmu pengetahuan hasil pembacaan akan menjana kehidupan manusia yang sentiasa inginkan perubahan. sedikit ilmu yang diperolehi akan merangsang minat dan naluri dalam diri untuk menambah ilmu pengetahuan yang lain seterusnya akan terbentuk satu budaya membaca di kalangan masyarakat.


Sentiasa membaca dan mengkaji dapat mengusir kesedihan dalam diri anda. Buku adalah teman sejati yang tidak akan memujimu dengan berlebihan, sahabat yang tidak akan menipumu, dan teman yang tidak membuatmu bosan. Dia adalah teman yang sangat toleran yang tidak akan mengusirmu, dia adalah tetangga yang tidak akan menyakitimu, dan dia adalah teman yang tidak akan memaksamu mengeluarkan apa yang anda miliki. Dia tidak akan memperlakukanmu dengan tipu daya, tidak akan menipumu dengan kemunafiqan, dan tidak akan membuat kebohongan.


Membaca banyak manfaat yang kita dapat,oleh sebab itulah kita harus membaca.Jadi, marilah sama-sama kita meningkatkan ilmu pengetahuan dengan membaca buku-buku ilmiah dan menjadikan buku sebagai sahabat setia.




Sedarilah ,tanpa ilmu siapalah kita......

No comments:

Post a Comment