Saturday, September 20, 2008

Hanif Bin Abdul Hamid





Nama : Muhamad Hanif bin Abdul Hamid
Institusi : Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak
Kursus : Pendidikan Seni
Matrik No : D 20081032473
Asal : Temerloh Pahang
sek. :Abu Bakar Temerloh







JOM LAWAK


Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas di rumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari, tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..

Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.

Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak.

Isteri: Apsal mak ketawa?..
Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

senyum ckit


Kambing Hitam & Kambing Putih

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam danberbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh taksaya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enamkilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkauyang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapansemuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah miliksaya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)


Lihat Otak

Dalam satu perbicaraan kes bunuh,seorang doktor mengesahkan kematian mangsadipanggil sebagai saksi.Peguam: "Sebelum awak menandatangani surat kematian, adakah awak memeriksadenyutan nadi mangsa?"Saksi: "Tidak."Peguam: "Denyutan jantungnya, awak periksa?"
Saksi: "Tidak."
Peguam: "Pernafasannya?"
Saksi: "Tidak."
Peguam: "Jadi, ketika menandatangani surat kematian itu, awak tidak pasti lagilelaki berkenaan masih bernafas atau tidak?"
Saksi: "Saya tandatangani surat itu selepas melihat otak mangsa di atas mejalain di bilik saya, adakah itu belum cukup untuk pastikan mangsa sudah mati!"


Gosok Mata

Seorang lelaki yang kudung kakinya,tangannya bercangkuk dan bermata satu hadirdalam temuduga untuk menjadi lanun.
Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"
Lelaki: "Cedera ketika perang dunia kedua."
Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?"
Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar!"
Penemuduga: "Mata kamu pula?"
Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burungmenjatuhkan tahinya ke mata saya."
Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"
Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkukuntuk menyapu tahi itu."


Bawa Dadah

Selepas semalaman menaiki penerbangan untuk melancung, suami-isteri bersama 6orang anak mereka berusia 11 tahun kebawah tiba di Rhein-Main Air di Jerman.
Ketika menunggu giliran mengambil beg mereka, keluarga itu didatangi beberapaorang pegawai kastam negara itu.
Pegawai Kastam: "Maaf, boleh tanya sikit?"
Pasangan suami-isteri: "Boleh."
Pegawai Kastam: "Adakah semua beg dan anak-anak ini datang bersama tuan?"
Pasangan suami-isteri: "Ya, mereka semua datang bersama kami, apa hal encik?"
Pegawai Kastam:"Tak ada apa, Adakah tuan dan puan membawa sebarang senjatamerbahaya atau dadah terlarang bersama?"
Pasangan suami-isteri: "Kalau ada pun tak kan kami nak cakap!"
Pegawai Kastam: "?????"


Tujuh Cawan

Suatu pagi seorang gadis membawa termos singgah di sebuah kedai kopi untukmembeli minuman sebagai bekalan kepejabatnya.
Gadis:"Encik, rasa-rasanya berapa cawan air boleh diisi kedalam termos saya?"
Pelayan: "Saya rasa mungkin tujuh cawan."
Gadis: "Baiklah.....Bagi saya dua cawan teh,empat cawan kopi susu dan satu cawankopi tanpa gula.
Pelayan: ?????


Perut Buncit

"Tak baik hisap jari, nanti perut buncit", itulah kata-kata si ibu setiap kalianak kecilnya Amin menghisap jari. Tujuannya hanya untuk menakut-nakutkananaknya daripada terus- terusan berbuat begitu. Alhamdulillah, kata-kata si ibudapat menakutkan anaknya.
Amin tidak lagi menghisap menghisap jari." Nanti perutAmin buncit..." katanya apabila ditanya tentang tabiat itu.
Pada suatu hari si ibu dikunjungi rakannya. Kebetulan tamu itu sarat mengandung.
Si Amin tiba-tiba menjerit sebaik keluar dari bilik.
"Haaaa! Amin tahu pasal apaperut makcik tu buncit" katanya sambil terus berlalu. Ibu Amin dan rakannyahanya berpandang-pandangan..


Kejutkan Saya

Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa. Pada suatumalam si suami telah menulis satu nota...
"KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI"dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur.

Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam didinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satunota bertulis...

"BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI"ROTFLROTFL

SmileyCentral.com





Friendster Comment / / Myspace Comments



No comments:

Post a Comment