nama samaran: fifiestrawberry
umur: 20 tahun
prinsip hidup: suci pemikiran...suci pertuturan...suci perbuatan...insyaallah hidup dalam keberkatan...
MEDIA MASSA MERUPAKAN ANTARA FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA SOSIAL
Dahulu, pada zaman manusia belum mencapai tahap ketamadunan yang tinggi, alat komunikasi dan perhubungan untuk menyampaikan maklumat tidak dicipta. Mereka sekadar menggunakan burung dan asap daripada unggun api saebagai petunjuk dan utusan kepada seseorang. Namun, pada era teknoligi maklumat kini, mesej-mesej dapat disampaikan dalam sekelip mata. Media massa terbahagi kepada dua iaitu media cetak seperti risalah, majalah, dan akhbar manakala media elektronik pula terdiri daripada internet, televisyen, dan radio. Namun demikian, media massa telah disalahgunakan dan menjadi salah satu daripada punca penyumbang utama berlakunya gejala sosial.
Tidak dapat dinafika lagi, media massa merupakan penyumbang utama kepada keruntuhan moral dalam kalangan belia. Program-program televisyen khasnya, lebih mementingkan hiburan daripada maklumat. Tayangan-tayangan filem barat dan Hindustan contohnya, telah menolak unsur-unsur ketimuran yang sebati dalam jiwa masyarakat. Adegan-adegan lucah hanyalah sebagai halwa mata bagi mereka. Jadi apabila filem tersebut dipertontonkan, sudah tentu golongan remaja amnya, akan meniru atail dan aksi artis pujaan mereka. Natijahnya, wujudlah budaya ‘punk’, bertindik di telinga kiri bagi lelaki, seks bebas, dan lebih dasyat lagi pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Secara tidak langsung, ia mencetuskan kemelut jati diri bagi remaja yang sedang mencari identity diri seterusnya terlibat dalam gejala hedonisme ini.
Konklusinya, media massa adalah antara penyumbang utama berlakunya gejala sosial, mendatangkan keburukkan, dan membawa kesan negative kepada remaja pada hari ini. Jika perkara ini masih berterusan dan tiada langkah drastik untuk menanganinya sudah tentu pada masa akan datang gejala-gejala buruk akan menjadi budaya golongan muda. Hasilnya, lahirlah generasi yang menjadi ‘robot’ dan hanya diperalatkan untuk kepentingan individu tertentu.
Antara Hasil-Hasil Karya Yang Telah Saya Hasilkan Semenjak Saya Berada Di UPSI
No comments:
Post a Comment