Thursday, September 18, 2008

Noor Dina Ilyana Binti Ramli

nama sebenar: noor dina ilyana binti ramli
nama samaran: DIeyNA
umur: 20 tahun
tarikh lahir: 15 november 1988
tempat lahir: hospital kubang kerian,kota bharu
asal: bachok, kelantan
pendidikan:
sekolah kebangsaan pengkalan chengal
sekolah menengah kebangsaan long yunus
universiti pendidikan sultan idris
zodiak: scorpion
hobi: badminton and dengar lagu
tentang dieyna: pediam, pemalu, periang,suka ketawa, suka berkawan dan ape2 aje….
muzik kegemaran: asal best sume jadi
cita-cita: guru
email: dieynahana@yahoo.com
movie: cerita romantik dan kelakar

PUISI
Tubuh mengingat daku
Sebatang pinang di desa sepi
Kurus dan tinggi
Ketika rebut besar
Pohon sekitarnya rebah terkapar
Dan pohong pinang tegak menanti
Sinaran mentari pagi

Demikianlahgadis kecil itu
Kurus seperti batang pinang
Bertahun berulang-alik melalui
Penjara kawat duri menemui
Ayahnya yang bertahun pula sendiri
Menentang tiap penderitaan
Tabah dan beriman.

Gadis kecil itu mengagumkan daku
Tenang dan senyuman yang agung,
Dengan sopan menolak pemberianku
“saya tidak perlu wang pak cik,
Cukuplah kertas dan buku”.

Usianya terlalu muda
Jiwanya di dewasakan oleh pengalaman
Tidak semua orang mencapai kekuatan demikian
Ketabahan yang unik,mempersonakan.

Alangkah malunya hati seorang lelaki dewasa
Yang malu membela manusia derita terpenjara
Menerima nasihat supaya tabah berani,
Dari anak penghuni penjara itu sendiri.
Sepuluh anak seperti dia
Akan menghapuskan erti seribu penjara.

No comments:

Post a Comment