Tuesday, September 16, 2008

Mohd Azman Bin Wahab

nama: Mohd Azman bin Wahab
nama samaran: Along / Man
no. matrik:D20081032474
tarikh lahir: 08 januari 1987
tempat lahir: Hospital Tanah Merah, Kelantan
alamat: No. 62, Blok 8, Felda Perasu, 18300, Gua Musang, Kelantan
hobi: Memancing dan Chatting
emel:
frustsue_upsi@yahoo.com
pendidikan:
Sekolah Kebangsaan Perasu (1993-1999)
Madrasatul Arabia Al-Rahmaniah,Gua musang Kelantan(2000-2003)
Madrasatul Arabia Maa’hab Muhammadi Kota Bharu,Kelantan(2004)
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Chiku Gua Musang,Kelantan(2005-2007)
Universiti Pendidikan Sultan Idris(2008)
motto:
Musim Ini Akan Berlalu Meninggalkan Kita,
Menghitung Rindu Mengutip Kenangan,
Walau Kalian Berada,Kerana Destinasi
Kita Berbeza,Ingatlah Satu Perkara....
“PERSAHABATAN ITU SELAMANYA!!...”


kesetiaan itu penting dalam perhubungan


JOM, bersantai jap dengan saya...

PANTUN NASIHAT

Burung didik terbang di awan

Mudia belia menangkap ikan

Baik-baik bila berkawan

Akhlak mulia mesti diutamakan

Fitnah itu tiada ampunnya

Kerana dosa sesama manusia

Mulut celupar mudah luahnya

Janganlah dibuat kerja sia-sia

Beli sekayu kain kasa

Cukup diukur dengan lerengnya

Bangsa Melayu menjaga bahasa

Bahasa cabul patang larangnya

Di tepi kali saya menyinggah

Menghilang penat menahan jerat

Orang tua jangan disanggah

Agar selamat dunia akhirat

Padi sedang tumbuh subur

Senduduk menumpang bayang

Menangis badan dipinggir kubur

Teringat hidup tidak sembahyang

PANTUN NASIHAT AGAMA

Puasa itu satu perintah

Oleh Allah yang maha perkasa

Perintah itu jangan dibantah

Wajibnya itu pada yang berkuasa

Hari raya hari yang berkat

Bermaaf-maafan sesama saudara

Hai manusia dapatkan rahmat

Perintah Allah laksanakan segera

Menanggung dosa itu berat

Walau pun pada orang yang alim

Wajib manusia menutup aurat

Terutamanya pada wanita islam

Padi sedang tumbuh subur

Senduduk menumpang bayang

Menangis badan dipinggir kubur

Teringat hidup tidak sembahyang

Di tepi kali saya menyinggah

Menghilang penat menahan jerat

Orang tua jangan disanggah

Agar selamat dunia akhirat

Roti kaya airnya bandung

Jadi hidangan datuk panglima

Biar pun kaya 7 gedung

Tidak sembahyang tiada berguna

Sama-sama kita renungi maksud pantun nasihat

Ini dan mengambil iktibar daripadanya

Semoga perjalananHidup kita selamat di dunia mahupun akhirat

wasalam...

alam ukhwah...

No comments:

Post a Comment