Thursday, September 11, 2008

Dorothy Gabriel

nama: dorothy gabriel
nama samaran: DO
fakulti: fakulti seni dan muzik (FSM)
e-mail:
dorothygabriel2003@yahoo.com











TALIBUN
Talibun adalah sejenis bentuk puisi adat Minangkabau Melayu.Talibun adalah salah satu daripada puisi Melayu yang mana bentuknya, rangkapnya, jumlah baris dalam rangkap, jumlah kata dalam baris dan iramanya tidak tetap. Talibun terdiri daripada beberapa rangkap dan setiap baris berupaya melengkapkan keseluruhan idea yang ingin disampaikan.Talibun juga dikenali sebagai seromba dan sesomba.
Ciri-Ciri Talibun
- Puisi yang berbentuk bebas.
- Terdapat beberapa baris di dalam rangkap untuk menjelaskan pemerian
- Ianya berdasarkan sesuatu perkara diceritakan secara terperinci
- Tiada pembayang. Setiap rangkap dapat menjelaskan satu keseluruhan cerita
- Menggunakan puisi lain (pantun/syair) dalam pembentukannya
- Gaya bahasa yang luas dan lumrah (memberi penekanan kepada bahasa yang berirama seperti pengulangan dll)
- Berfungsi untuk menjelaskan sesuatu perkara
- Merupakan bahan penting dalam pengkaryaan cerita penglipur lara
Tema Talibun
Talibun selalunya mengisahkan tentang perkara-perkara berikut:
- Mengisahkan tentang kebesaran dan kehebatan sesuatu tempat
- Mengisahkan tentang keajaiban sesuatu benda dan peristiwa
- Mengisahkan tentang kecantikan dan kehebatan seseorang
- Mengisahkan tentang kelakuan dansikap manusia.
Contoh Talubun Atau Seromba
Tengah malam sudah terlampau
Dinihari belum lagi nampak
Budak-budak dua kali jaga
Orang muda pulang bertandang
Orang tua berkalih tidur
Embun jantan rintik-rintik
Berbunyi kuang jauh ke tengah
Sering lanting riang di rimba
Melenguh lembu di padang
Sambut menguak kerbau di kandang
Berkokok mendung, Merak mengigal
Fajar sidik menyinsing naik
Kicak-kicau bunyi Murai
Taktibau melambung tinggi
Berkuku balam dihujung bendul
Terdengar puyuh panjang bunyi
Puntung sejengkal tinggal sejari
Itulah alamat hari nak siang
(Hikayat Malim Deman)
Talibun yang bertemakan manusia terdapat di dalam di dalam Hikayat Awang Ambok. Talibun ini adalah merupakan ungkapan seorang panglipur lara yang menceritakan tentang kejelitaan
seorang permaisuri.
Maka paras rupa tuan puteri itu terlalu amat eloknya,
Alis lentik mengekor siar
Anak rambut memagar air,
Lentik di hujung patah mengunang,
Bulu mata menongkat kening,
Bibit manis limau seulas,
Merahnya delima merekah,
Menguntum senyum mengandung madu,
Cahaya muka purnama empat belas,
Gigi renek membiji batat,
Putihnya asmara asmaradanta,
Hidung mancung menangkai bunga,
Jari halus menyugin landak,
Luncir bagai dian digiling,
Leher jenjang gading dilarik,
Makan pinang kaca-kacaan,
Menelan air sirih berbinar-binar,
Kelihatan dari luar,
Mata jeli berbintang timur,
Menjeling manja hati terhibur,
Pipi licin pauh dilayang,
Pinggang ramping sejengkal kiri,
Rambut panjang mayang mengurai,
Bersanggul Pisang Sesikat Teripas Bergantung,
Telinga kecil telipuk layu,
Tubuh bidang sampiran kain,
Tumit betis menelur burung,
Orang elok bertambah elok,
Orang gawai bertambah gawai,
Seperti orang naik mempelai,
Berbaju labuh kilat Di tangkas,
Bertabur dengan Cencawi Besar,
Bercincin pusaka turun temurun,
Sinarnya panjut-memanjut,
Berdokoh Labuh Sehari Bulan,
Serbang di dahi Emas Sekati,
Berbinar-binar cahaya nilakandi,
Bergelang keroncong sebelah satu,
Berkain panjang Kilat di Tambing,
Bertabur dengan Cencawi Darnit,
Berpending panjang sembilan tujuh setali,
Kesepuluh dengan rumbainya,
Tujuh Intan di karang,
Sesandang di dada Seribu Jingga,
Berkinci dengan Pancabicara,
Bersubang mutiara Teluk Bayu
.
(Rahim dalam Mat Piah, 2006)
Talibun ini menggambarkan tentang kecantikan seorang permaisuri yang sungguh luar biasa, kesemua unsur yang dinyatakan dimiliki oleh permaisuri ini seolah-olah permaisuri ini tiada langsung cacat celanya. Pengkarya menyatakan kekaguman yang terlampau-lampau ini mungkin kerana pengkarya ingin menghormati junjungannya ini. Dengan cara ini pengkarya dapat menunjukkan rasa bangganya kerana memiliki permaisuri yang sedemikian.
RUJUKAN

No comments:

Post a Comment