Sunday, September 14, 2008

Jabang Ak George Jimbai

nama asal: jabang ak george jimbai
nama samaran: cesc jabrezas angelio
asal: miri, sarawak
status: bujang
pekerjaan: belajar
universiti: Universiti Pendidikan Sultan Idris
hobi: melukis, berkaraoke, dan buat alwak

SELAMAT SERTAI SAYA !!!

ROKOK OH ROKOK...

Dalam psikologi, Teori Tingkahlaku (Behaviour Theory) dikaitkan dengan sesuatu tabiat ataupun kebiasaan manusia. Ia boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku manusia, bahkan juga untuk melatih haiwan. Teori ini dipelopori oleh Ivan Pavlov berdasarkan kajiannya melalui seekor anjing. Anjing itu dibiasakan dengan bunyi loceng sebagai isyarat makanan akan diberikan kepadanya. Setelah beberapa kali dibiasakan begitu, suatu hari Pavlov membunyikan loceng tetapi tidak memberikan makanan. Anjing itu mengeluarkan air liur yang banyak kerana tindak balas refleksnya sudah dibiasakan seperti sebelumnya. Ini adalah kisah penemuan teori tingkahlaku.


KEBANYAKAN perokok perlu menerima hakikat bahawa merokok bukanlah suatu kepuasan fisiologi (cth: kenyang setelah makan, hilang dahaga setelah minum, puas setelah seks, dsb.) tetapi ia lebih kepada kepuasan psikologi.

Jika ditanya mengapa perlu merokok, maka alasannya memang banyak. Antaranya ialah rasa seronok, rasa puas, hilangkan bosan, rokok sebagai teman, suka tengok asap, ada gaya, berfikir dan mencari idea, relaks, release tension, rasa tembakau best, dah terbiasa bermula rokok pertama dulu dan sebagainya.


Jika salah satu atau lebih daripadanya adalah alasan anda, maka itu bermakna anda sudah dibiasakan dengan alasan tersebut untuk dikaitkan dengan rokok. Contohnya, merokok untuk mencari idea. Oleh itu jika tiada rokok, maka tiada idea yang datang. Itu adalah mentaliti ataupun kebiasaan yang dibentuk oleh diri sendiri.Merokok menjadi satu keperluan kepada mereka yang gian dengan rokok. Sebenarnya ia adalah suatu kebiasaan (habit) yang terbentuk daripada tingkah laku yang dibiasakan. Jika anda seorang perokok, cuba ingat semula bagaimana anda mula jadi gian dengan rokok?

Ia bermula dengan status ‘tidak merokok’. Rokok pertama yang dihisap pastinya tidak mendatangkan rasa enak. Cuma rasa asap saja. Tetapi setelah dibiasakan berkali-kali, ia jadi sedap dan sebati dengan diri. Teori tingkah laku membuat kesimpulan bahawa manusia juga mempunyai aspek tingkahlaku yang berkaitan dengan haiwan. Tabiat ataupun kebiasaan akan terbentuk melalui sesuatu tindakan yang diulang-ulang. Ini membuatkan kita mempelajari sesuatu tingkahlaku dengan latihan dan kebiasaan.


Jika sesuatu tingkah laku seperti tabiat merokok sudah dibentuk. Adakah ia boleh dihilangkan? Menurut teori tingkah laku, ia lebih sesuai untuk digantikan dengan tingkahlaku baru yang lain. Sebab itu ramai orang berpendapat bahawa makan gula-gula boleh mendorong seseorang untuk berhenti merokok.Bagaimanapun, terdapat juga teori psikologi lain yang juga boleh digunakan untuk berhenti merokok. Apa pendapat anda? Adakah teori tingkah laku ini sesuai untuk diaplikasikan? Atau anda ada cadangan lain?

No comments:

Post a Comment