Friday, September 12, 2008

Shahrin Azwan Bin Mokhter

nama: shahrin azwan
nama keluarga: mokhter
lahir: 06 03 1988
umur: 20 tahun
sekolah:SMK Seri Bedena(2001-2007)
universiti: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI-2008-2011)
motto: aku tetap aku



ceritaku zaman dahulu



inilah aku

PESTA BAHASA






saat-saat sekarang



masuk Malaysia Book Of Record

Migrasi Semasa Zaman Penjajahan

Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa era kegemilangan Melaka lagi. Walau bagaimanapun kehadiran mereka ini tidak dapat digerak menyusuri istilah mayarakat majmuk. Penggunaan istilah masyarakat majmuk itu sendiri hanya bermula pada penghujung abad ke-18 dengan adanya peranan pihak British. Tegasnya, pihak British yang menjadikan elemen utama yang membawa perubahan NNM.. Hal ini sememangnya suatu yang realiti dengan merujuk kembali perkembangan ekonomi NNM sepanjang penguasaan British. Sepanjang tempoh 1786-1914 merupakan tempoh yang paling penting dalam menentukan kewujudan istilah masyarakat majmuk

Semasa penguasaan British, telah berlaku proses migrasi dan ianya berlangsung dalam beberapa peringkat. Peringkat yang pertama adalah migrasi secara besar-besaran yang berlaku akibat perkembangan pesat ekonomi yang pada masa yang sama didorong oleh dasar British. Aktiviti perlombongan antara ekonomi yang utama membawa kepada penghijrahan orang Cina dengan jumlah yang tinggi. Penghijrahan orang Cina telah berlaku sebelum kedatngan British lagi, namun selepas kehadiran British, dasar penghijrahan adalah lebih liberal serta diwujudkan jaminan keselamatan undang-undang yang seterusnya keadaan ini menggalakan lebih ramai migrasi masuk. Sementara kemasukan orang India pula berlaku dengan pesat pada hujung abad ke-19 dimana berlakunya perkembangan perladangan seperti getah dan kopi.. Sebagaimana migrasi Cina, mereka juga dilindungi oleh British

Keadaan kemasukan migrasi ke NNM melayu mengalami penurunan pada 1929 hingga 1931 akibat berlakunya kemelesetan ekonomi dunia. Kesan daripada kemelesetan ekonomi ini menyebabkan sejumlah besar migrasi kehilangan kerja seterusnya mendorong untuk kembali semula ke negara asal. Dalam tempoh ini juga, British telah menyekat kemasukan golongan lelaki terutamanya dari China, sebaliknya mengalakkan kemasukan golongan wanita dibawah Ordinan Orang Asing 1932. Langkah ini telah menyeimbangkan demografi penduduk di NNM

Kekurangan migrasi juga berlaku untuk kali yang keduanya selepas perang dunia ke-2 berlaku. Ini merujuk pada penguasaan Jepun di Tanah Melayu yang menyekat kemasukan migrasi terutamanya dari China. Sementara migrasi dari India pula masih lagi berlaku sungguhpun dalam kadar yang rendah. Pendudukan Jepun bermakna merujuk pada zaman darurat yang berlaku dalam tempoh 1948 hingga 1960. Pada 1947 sehingga 1953, telah berlaku pengaliran keluar orang Cina secara beramai-ramai. Sementara selepas tahun 1954, orang Cina mengambil keputusan untuk menetap terus di Tanah Melayu. Tindakan mereka ini mewujudkan keadaan sebenar masyarakat majmuk yang pada dasarnya telah bermula pada tahun 1910-an

Pada tahun 1945, British merangka prinsip Jus Soli iaitu kerakyatan sama rata berdasarkan tempat kelahiran. Dasar ini kemudiannya dijalankan pada 1946 melalui Malayan Union. Semua warganegara Tanah Melayu diberikan kepada semua tanpa diskriminasi ras dan kepercayaan. Prinsip ini menguntungkan golongan imigran yang merujuk pada Cina dan India kerana mereka boleh memperoleh kerakyatan dengan mudah. Ini menyebabkan orang melayu tidak senang dan ia menjadi salah satu punca kenapa ketidaksefahaman antara kaum

Secara keseluruhan bagi penghuraian sejarah demografi ini kurang menekankan tentang orang melayu kerana ia menjurus pada migrasi dari luar. Namun dalam bahagian yang seterusnya akan dihuraikan kesan-kesan migrasi ini terhadap orang Melayu dalam konteks masyarakat majmuk. Namun sejarah mencatatkan bahawa orang Melayu menguasai ekonomi yang dikuasi oleh migrasi sebelum kemasukan mereka ke NNM. Contohnya penguasaan lombong bijih timah oleh golongan bangsawan juga perdagangan oleh masyarakat setempat sungguhpun pada lingkungan yang tidak luas. Sejarah juga mencatatkan bahawa orang Melayu sebagai penduduk asal telah berpindah ke kawasan jauh ke pedalaman yang dikenali sebagai “kampung” selepas kemasukan kolonial British yang disusuli oleh kemasukan migrasi luar

Kesan Berlakunya Migrasi

Melihat pada sejarah perkembangan demografi masyarakat majmuk tersebut, adalah sesuatu yang lazim bagi kehidupan mereka yang tidak bercampur. Bersesuaian dengan pendapat sejarahwan yang menyatakan masyarakat di Tanah Melayu hidup dalam istilah masyarakat majmuk sahaja sebaliknya tidak bercampur. Sebaliknya mereka berusaha untuk mengekalkan budaya masing-masing. Buktinya orang Cina dan India tidak mahu menerima asimilasi kebudayaan melayu. Begitu juga halnya dengan orang Melayu yang enggan kebudayaan mereka dicemari kebudayaan bangsa lain terutamnya dari luar Tanah Melayu sendiri yang tidak seagama

British dalam penguasaanya di Tanah Melayu mengamalkan pendekatan “pecah perintah”. Pendekatan yang diperkenalkan oleh British ini mengukuhkan keadaan masyarakat majmuk yang tidak bercampur, dan boleh ditegaskan merekalah yang menjadi asas kepada situasi sedemikian. British menggubal dasar ini berdasarkan andaian umum bahawa orang Cina dan India adalah transient. Oleh itu, mereka dibiarkan menjalani kehidupan berdasarkan budaya sendiri. Lama-kelaman sehingga pertengahan abad ke-20, transient bertukar kepada menetap. Ini menyebabkan orang Melayu rasa tergugat dan konflik yang lebih besar berlaku mencerminkan ketidakserasian antara mereka

Melihat pada perkembangan sejarah masyarakat di tanah Melayu, dapat dijelaskan bahawa tradisi menjadi penghalang utama kemajuan orang Melayu. Dalam tradisi misalnya, orang Melayu terlalu tunduk pada pemerintah sehingga mementingkan aspek kesetiaan yang pada masa itu merujuk pada konsep perhambaan. Berbanding orang Cina dan India yang menunjukan sikap berlawanan yang lebih mementingakan ekonomi. Buktinya dengan melihat kehadiran mereka di NNM. Oleh kerana masyarakat Melayu penduduk asal di tanah Melayu, ketinggian taraf ekonomi orang luar di kawasan mereka menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati. Kesannya berlaku peristiwa 13 Mei beberapa tahun selepas merdeka

Sejarah Tanah Melayu secara keseluruhannya terbahagi kepada dua wilayah iaitu Melayu lama dengan Melayu Baru. Melayu Lama merujuk pada negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sementara Melayu Baru merangkumi Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka. Berdasarkan pengkelasan tersebut, ternyata Melayu Lama negeri yang ketinggalan dan majoriti penduduknya adalah orang Melayu. Sementara Melayu Baru pula merujuk pada negeri yang mempunyai kemajuan ekonomi yang lebih tinggi serta mempunyai ramai masyarakat Cina dan India. Daripada pengkelasan ini juga dapat dinyatakan bahawa kehadiran orang luar menjadi penentu kepada kemajuan ekonomi NNM. Kesannya, NNM membangun dengan lebih cepat dan hasilnya hanya dinikmati oleh migrasi tersebut

No comments:

Post a Comment