Thursday, September 25, 2008

Rumusan P&P Wacana Akademik Bahasa Melayu

Topik 1 - PENGUCAPAN AWAM
Pengucapan awam merupakan proses menyampaikan ucapan kepada sekumpulan orang dengan tujuan untuk memaklumkan sesuatu maklumat.Seseorang pengucap awam yang baik dapat menukar emosi pendengar, bukan menyampaikan maklumat semata-mata.Pengucapan awam disampaikan dengan pelbagai cara,antaranya,cara spontan , ucapan yang dihafal, ucapan manuskrip, dan ucapan ‘extemporaneous’.Ucapan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis ,misalnya ucapan pengerusi majlis,ucapan perasmian ,ucapan penghormatan ,ucapan pemujukan,ucapan pemeritahuan ucapan spontan ,ucapan berhibur , ucapan selamat datang dan meraikan kahadiran tetamu.Untuk menjadi pengucap awam yang baik ,pelbagai petua pengucapan awam harus dipraktikan,petua-petua tersebut disusun mengikut proses penyediaan pengucapan awam , iaitu peringkat persediaan , peringkat penyampaian dan peringkat refleksi.Pengucapan awam yang baik haruslah sentiasa belatih dan sentiasa mencari maklumat.Hal ini kerana pengucapan merupakan kemahiran yang perlu dipelajari dan dilatih. Walaupun terdapat beberapa kes yang menunjukkan bahawa semacam ada pertalian antara baka dengan kemahiran pengucapan awam ,itu hanya persepsi.Barangkali dalam proses membina kemahiran tersebut,seseorang pengucapan awam meniru orang yang berpengalaman , dan diikuti dengan sesi latihan secara individu.Hakikatnya,meniru dan berlatih merupakan proses belajar . Kedua-duanya penting dalam pengucapan awam.

Topik 2 - ANALISIS & PENILAIAN PENGUCAPAN AWAM
Dalam topik 2 pelajar akan didedahkan dengan analisis dan penilaian bertujuan meningkatkan keteampilan diri, kemahiran berinteraksi .menyampai maklumat dengan berkesan dan mampu menganalisis. Penilaian pengucapan awan terdiri daripada daripada penilaian kendiri dan penilaian rujukan norma. Dalam penilaian kendiri melibatkan penilaian seseorang keatas dirinya dan persepsi diri dan alam sekeliling meliputi spek persedian, aspek latihan dan aspek persembahan. Penilaian rujukan kriteria dalam pengucapan awan dinilai dari aspek isi, gaya, bahasa, kematangan hujah dan penilaian ini dibuat berdasarkan penilaian secra holistik dan analitik. Penilaian holistik ialah penilain secara menyeluruh melibatkan cemerlanh,baik, sederhana atau lemah. Penilaian analitik dibuat secara terperinci meliputi aspek penyampaian, isi kandungan, bahasa dan gaya. Contoh borang penilaian pidato dinilai dari isi (30markah) penyampaian (40 markah) bahasa ( 20markah) adab (5 markah) bonus (5markah).

Topik 3 - MENGAKSES & MEMPROSES MAKLUMAT
Topik 3 ini menjelaskan tentang mengakses dan memproses maklumat, maklumat adalah satu set unjuran sama ada dalam bentuk lisan ataupun penulisan yang mempunyai tujuan dan memenuhi matlamat serta keperluan penggunanya. Jenis Kemahiran Maklumat terdiri daripada 3 kemahiran utama iaitu kemahiran mendapatkan maklumat, kemahiran memproses maklumat dan kemahiran menyampaikan maklumat. Jenis-jenis Maklumat terdiri daripada 2 iaitu bercetak dan digital, dimana bercetak terdiri daripada buku dan risalah, manuskrip, dokumen, risalah, buku arkib, bahan kartografik, Alamanak, Bahan Grafik, Ensaikelopedia. Bahan digital pula terdiri daripada bahan audio, bahan visual dan bahan bentuk mikro, CD-ROM, E-Jurnal, E-Buku, pangkalan data, sumber internet, filem slaid dan filem jalur. Kaedah pencarian maklumat juga terdiri daripada 2 iaitu kaedah perpustakaan dan kaedah lapangan. Memahami keperluan maklumat bermaksud keupayaan mentafsir dan menetapkan maklumat yang perlu diketahui tentang sesuatu topik atau tugasan. Secara ringkasnya keperluan maklumat terdiri daripada menganalisis dan menentukan keperluan maklumat, mengakses maklumat dan pelbagai sumber, memproses dan menggunakan meklumat bagi memenuhi keperluan kemudian mempersembahkan maklumat dalam bentuk tulisan dan lisan. Mengakses maklumat boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu melalui strategi merujuk di perpustakaan dan menggunakan internet. Semua maklumat yang diakses di internet perlu diproses dan dinilai dari segi kualiti dan kesahanya. Oleh itu pelajar perlu melihat autoriti, ketepatan, objektif dan kekinian sebelum mengambil apa-apa maklumat daripada internet. Setelah memperolehi maklumat, maklumat tersebut haruslah diproses. Aspek yang perlu diambil kira semasa memproses maklumat ialah memilih maklumat yang releven, ciri-ciri sumber maklumat, mengorganisasi maklumat yang dipilih, mempersembahkan maklumat dan manilai laporan maklumat.

Topik 4 - PENULISAN ILMIAH
Topik empat yang bertajuk penulisan ilmiah ialah tentang cara dan kaedah untuk membuat penulisan ilmiah atau esei akademik. Untuk membuat penulisan esei atau esei ilmiah ini perkara yang perlu diambil kira ialah seperti yang terdapat dibawah.
Penulisan ilmiah. Adalah sama erti dengan akademik. Dan ia adalah berhubung dengan maklumat dan data. 4 jenis penulisan ilmiah adalah esei ilmiah, tesis, disertasi, dan buku ilmiah. Ciri-ciri penulisan ilmiah adalah penulisan secara sistematik / teratur, penulisan tidak emosional, penulisan tidak bersifat persuatif, dan sumber yang sahih. Terdapat 4 jenis gaya penulisan iaitu American Psychological Association (APA) di mana ia banyak digunakan oleh pendidik (UPSI). Gaya APA – The APA Publication Manual. Gaya yang kedua adalah Modern Language Association of American (MLA) di mana ia banyak digunakan dalam bidang kemanusiaan. Gaya MLA – MLA Style Manual. Gaya yang ketiga adalah Chicago di mana banyak digunakan dalam bidang kesusasteraan sejarah dan seni. Gaya keempat adalah gaya Dewan di mana banyak digunakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Cara membina kerangka penulisan ada tiga iaitu mengungkap idea melalui penentu topik, mengungkap idea melalui penentu tajuk, dan mengungkap idea melalui kerangka asas kertas cadangan Topik ini juga mengajar tentang kaedah penulisan kutipan (quotation), dan kaedah penulisan nota kaki. Bagi kaedah penulisan bibliografi pula, dengan merujuk cara dan kaedah yang terdapat dalam penulisan ini, penulisan ilmiah akan menjadi lebih tepat formatnya, dan gaya penulisannya juga lebih baik. Hal ini akan menunjukkan penulisan ilmiah kelihatan lebih matang dengan isi yang tepat dan teratur.

Topik 5 - KESALAHAN BAHASA
Mengesan kesalahan bahasa dalam penulisan ilmiah dengan melaraskan setiap penulisan mengikut tatabahasa susunan ini dijelmakan dalam bentuk-bentuk rumus Kesalahan bahasa adalah bahasa yang melanggar perturan-peraturan bahasasama ada perinkat sebutan, pilihan kata atau susuna frasa dan ayat .Bab ini juga menerangkan penggunaan penanda wacana yang betul agar menghasilkan wacana yang utuh. Penanda wacana dapat menghubungkan ayat-ayat dan menghasilkan penulisan yang menepati ciri-ciri penulisa ilmiah dengan membentuk satu ayat gabungan Selain itu menerapkan penggunaan ayat yang gramatis dalam lisan dan tulisan agar maklumat lebih jelas difahami dan digemari pembaca.Bab ini juga menerangkan jenis-jenis laras dalam bahasa melayu seperi laras bahasa sains, laras bahasa pernigaa, laras ekomomi, laras teknologi maklumat. Laras agama, laras sastera dan laras bahasa lisan. Kesemua aspek ini dtekankan dalam bab 5 agar bahasa dalam penulisa ilmaiah dapat dfahami dan dipraktiskan.

Topik 6 - PEMERENGGANAN
Kesimpulan yang dapat diperhatikan dalam topic 6 ialah perenggan merupakan gabungan ayat yang sempurna untuk mengembangkan sesuatu idea tentang sesuatu perkara dengan memberi huraian khusus untuk menyokong idea tersebut. Perenggan terbahagi kepada tiga iaitu Perenggan pengenalan, Perenggan isi, dan Perengan Penutup. Perenggan pengenalan hendaklah diperkenalkan tajuk. Perenggan pengenalan dibina oleh tiga komponen iaitu ayat rangsangan, huraian sokongan dan ayat arah.Manakala perenggan isi merupakan nadi sesebuah penulisan yang bertujuan memudahkan penghuraian isi.Perenggan penutup pula menjadikan kesimpulan atau rumusan ataupun akhiran bagi sesuatu penulisan. Perenggan juga mempunyai jenis-jenis tertentu seperti Perenggan Pentakrifan, Perenggan Analogi, Perenggan Analisis, Perenggan Perbandingan, dan Perenggan Deskripsi. Aspek Lain Dalam Perenggan ialah gaya yang bertujuan menghasilkan penulisan yang bermutu dan dapat meyakinkan pembaca. Ada empat jenis gaya yang sering dibincangkan dalam penulisan ilmiah, iaitu Gaya Analogi, Gaya Falsafah, Gaya Kontras Masa, dan Gaya Penglibatan Pembaca. Lazimnya, dalam satu perenggan terdapat satu ayat utama dan beberapa ayat sokongan yang mungkin merupakan ayat huraian, penjelasan atau ayat contoh. Rentetan atau pertautan ini dipangggil Koheren. Manakala,Kohesi merupakan perpautan dalam sesuatu hasil penulisan ditentukan oleh adanya keserasian hubungan antara unsur yang ada dalam sesebuah penulisan. Keserasian ini lazimnya ditandai dengan kehadiran unsur penanda rujukan dan penghubung dalam rentetan ayat tersebut.

Topik 7 - PENYUNTINGAN
Telah menjelaskan tentang kepentingan penyuntingan iaitu memastikan pembaca dapat persembahan penulisan yang terbaik dari segi isi dan fakta, keindahan ayat dan pengaliran idea yang hendak disampaikan. Penyuntingan terbahagi kepada dua iaitu penyuntingan substantif(penyuntingan sepintas lalu dalam aspek kejelasan tajuk, prakata, pembahagian bab dan sebagainya) dan penyuntingan naskah(penyuntingan yng lebih teliti dan terpeinci dalam semua segi). Topik ini juga menerang tentang aspek-aspek teknikal dan penyuntingan penulisan ilmiah seperti organisasi teks, bahasa dan makanis. Proses penyuntingan boleh di bahagi kepada 8 peringkat iaitu penerimaan manuskrip, pemeriksaan komponen manuskrip dan disket, penyuntingan subdstantif, penyuntingan naskah, key-in pembetulan penyuntingan, semakan pruf awal, semakan pruf akhir dan cetakan pruf akhir. Dengan memahami tujuan, jenis, kreteria serta proses penyuntingan anda tentu berupaya mengurangkan kesilapan dan kesalahan dalam penulisan.

Topik 8 - PROJEK ILMIAH
Rumusan daripada topik 8, dapat diketahui bahawa sesuatu program atau acara projek ilmiah mempunyai banyak meningkat dan proses yang perlu diberi perhatian serius bagi menilai keupayaan diri dan ketrampilan bahasa berbahasa melayu dengan baik dalam persembahan dan sepanjang menghasilkan projek ilmiah ini. Selain berkaitan dengan kemahiran berbahasa dan perkara seperti prosuder dan protokol yang perlu diaplikasikan dalam pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menghasilkan program yang berjalan dengan lancar dan teratur. Dengan ini, projek ilmiah dapat melantik pelajar yang berkeupayaan melancar sesuatu program dan belajar tentang tugasan yang dipilih dan di pertanggungjawabkan boleh dilaksanakan berkumpulan gerak yang lancar kerana setiap tugasan telah diberi untuk belajar kemahiran mengenalpasti projek ilmiah. Projek ilmiah ini melambangkan gabungan pelbagai bidang dan kemahiram yang bersifat saling memerlukan seperti pengadalian majlis format, diperlukan kemahiran lisan dan komunikasi ketika majlis di langsungkan justeru dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan majlis untuk diaplikasikan dalam projek ilmiah agar pelaksanaan projek ilmiah sempurna dan teratur.

Topik 9 - PENILAIAN & PENDOKUMENTASIAN PROJEK ILMIAH
Penilaian dan pendokumentasian perlu dilaksanakan agar projek ilmiah yang dihasilkan dapat ditentukan tahap kualitinya dan menjadikan pada masa akan datang. Penilaian pelajar harus dilakukan. Penilaian guru melibatkan proses menilai proses dan menilai hasil projek. Pendokumentasian melibatkan proses mengumpul dokumen dan menulis laporan. Terdapat 3 bahagian dalam penulisan laporan. Bahagian pertama adalah Pendahuluan / preliminari. Bahagian ini meliputi Halaman Tajuk ( lampiran A ), Halaman Anugerah ( Lampiran B ), Halaman Penghargaan, Halaman Pengakuan Tanggugjawab ( Lampiran C ), Halaman Ringkasan Eksekutif/Abstrak, Senarai Kandungan dan Daftar Jadual. Bahagian kedua pula adalah Badan Laporan atau teks. Bahagian ketiga adalah Tambahan / Suplementari (rujukan/bibliografi dan lampiran). Bahagian ini meliputi Menerbitkan bahan projek Ilmiah, Format dan reka letak, Tajuk laporan, Lajur, Ilustrasi, Warna menjilid memindahkan dalam bentuk CD, Penyimpanan, Data, Merekot, Kepentingan merekod, Kaedah merekot, Kaedah mengurus rekod, dan Memelihara rekod.

No comments:

Post a Comment