Saturday, September 20, 2008

Berudi Ak Ngelambai




Nama: Berudi anak Ngelambai
Nama Samaran: rudy
Tarikh Lahir: 04.04.1988
Tempat Lahir: Hospital Sarikei, Sarawak
Asal: Sarawak
Taraf Pendidikan: Pelajar UPSI
Status: Bujang
Hobi: Bermain Gitar dan Bersukan
Zodiak: aries
Prinsip Hidup: Berusaha Selagi Berdaya, Agi Idup, Agi Ngelaban!
Madah: Indahnya Perkenalan Jika Bersulam Keikhlasan, Moleknya Persahabatan Andai Setia dipertaruhkan, Untungnya Berkawan Jika Berkekalan untuk Selamanya...

GALERI FOTO DAN HASIL KARYA
GAMBAR BERSAMA AHLI KELUARGA TERSAYANG
SEMASA HARI GAWAI 2008






CONTOH HASIL KARYA SENDIRI


Peniruan Karya Leonardo da Vinci


Potret Diri

KENANGAN SEWAKTU MEWAKILI SEKOLAH DAN BAHAGIAN DALAM PERTANDINGAN KOMPANG DAN DIKIR BARAT PERINGKAT NEGERI SARAWAK




DIKIR BARAT DI SEKOLAH


SEMASA MENGUNJUNGI PROGRAM INTERNATIONAL FIESTA
DI UPSI (SITC)2008



GAMBAR SEMASA MENJADI PENGERUSI UNTUK SUBJEK PENGURUSAN KOKURIKULUM




51 Tahun Merdeka

Hari ini..

Merdeka, merdeka, merdeka..

Dilaungkan sekuat hati

dengan senyuman, keriangan, kepuasan

Tanpa tangisan


51 tahun dahulu..Merdeka, merdeka, merdeka, merdeka..

Dilaungkan dengan penuh rasa bangga

Tatkala ayat keramat kedengaran

Air mata rakyat kegembiraan mengalir,

menitis ke tanah seperti memberi sinar dan harapan

kepada bangsa, agama dan negara

Kini 51 tahun berlalu..

Segala harapan dan impian 51 tahun dulu telah dicapaiKu bangga melihat semua kejayaan ini

Tapi disebalik kejayaan masih ada kegagalan,

Adakah anak muda sekarang cukup mengerti sengsara mencapai kemerdekaan? Keperitan

Mereka tak mengerti, mereka lupa..

Kini,

Anak-anak muda ketawa meraikan kemerdekaan


Mereka hanya lihat merdeka ilusi semata


buku, gambar, video dan sedikit cerita orang tua


Apa yang mereka rasa?


Adakah jiwa mereka merasai kesusahan, keperitan, kesengsaraan 51 tahun dahulu?


51 tahun..

Masih tidak cukup untuk mengajar erti kemerdekaan di jiwa insan generasi baru

Apa akan jadi kepada kemerdakaan kita

Adakah ia akan berkekalan selamanya?

Sedarlah kawan-kawanku

Carilah erti kemerdekaan..

Renungkanlah kesusahan, keperitan, kesengsaraan

rakyat 51 tahun dulu

Jika kamu mahu 5100 tahun

merdeka tetap merdeka..



Nurkilan, BERUDI NGELAMBAI..08



Anak Bumi Kenyalang

Semalam….
Aku menitiskan air mata rindu,
Rindu pada pelabuhanyang aku tingggalkan,
Namun, ku akur pada ketentuan-Nya,
Aku harus tabah, sabar dan cekal..

Hari ini….
Ku sapu air mata rindu,
Ku orakkan langkah menuju mercu,
Ku hitung masa berlalu,
Ku ingin pulang kepelabuhanku….

Esok….
Jadilah aku anak wawasan,
Jadilah aku insan gemilang, jadilah aku warga terbilang,
Perngharum nama bumi kenyalang…

Sentuhan Hati.....Berudi 08(anak bumi kenyalang)




Kemajuan dari Perspektif Aku


Masih terngingang-ngiang lagi,
Laungan keramat menggegar kota,
Lantas terpisah jalinan asing dan tempatan,
Memisahkan penjajahan, menghadiahkan kebebasan.

Sudah 50 dekad Negaraku merdeka,
Banyak sekali kemajuan diraih,
Walaupun mendepani ribuan saingan,
Derapan langkah kemajuan tetap diteruskan.

Aku akui Negaraku maju,
Momentum kemajuan semakin rancak,
Akan tetapi bangsaku merana,
Diulit hiburan tidak keruan.

Adakah ini dikatakan kemajuan?
Yang sering diwawarkan oleh pemimpin,
Sedangkan manusia kepesatan hiburan,
Melalaikan hati mendatangkan kemurkaan.

Ayuh kita aturkan,
Langkah kembali kepada kebenaran,
Kebenaran yang menjerumuskan kepada keredhaan Tuhan,
Agar kita menjadi umat gemilang…



Hasilan.....berudi..08

Thursday, September 18, 2008

Zulaikha Binti Ahmad Suhaimi

nama sebenar: zulaikha binti ahmad suhaimi
umur: 20 tahun
tarikh lahir: 8 julai 1988
tempat lahir: hospital kuala lumpur
pendidikan:
Tadika Abim, Tanjong Malim(1994)
Sekolah Rendah Kebangsaan Methodist, Tg Malim(1995-1999)
Sekolah Minden Height, Pulau Pinang (2000)
Sekolah Hj Mohd Noor Ahmad, Pulau Pinang (2001 ,Januari-Februari)
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Puan Habsah, Pulau Pinang(2001-2003)
Sekolah Menengah Kenbangsaan Methodist, Tg Malim (2003-2005)
Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Tg Malim (2006 -2007)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tg Malim
hobi: mengumpul khazanah laut, melukis, mereka cipta dan gemar menulis puisi.
muzik: muzik Jepun
wayang: yang menghiburkan dan kelakar
zodiak: cancer
cita-cita: guru pendidikan seni
e-mail: zuelaikha_88@yahoo.com
falsafah: setiap insan perlu ada kekuatannya, tanpanya tiang yang dibina sekuat manapun pastinya akan rebah




HASIL KARYA ZULAIKHA














Mari Bersama Menghayati Puisi Hasil Nukilan Saya Yang Bertajuk Peperangan Ini .Puisi ini dihasilkan ketika menjana idea bagi tajuk dadah..
Peperangan Ini
pada era ini
di zaman harmoni sebegini
warga mu terus dialuni dengan sisa hidupnya
insan itu perlu kita kerjakan dari muka bumi
kerna mereka tiada erti keinsafan

tidak kira apa bangsa
tidak kira apa anutannya
warga mu terus kelaparan mencari dadah
inikah manusia yang di cipta di muka bumi ini
tiada langsung erti kesedaran

bila anda datang kami sembunyi
bila anda kejar kami lari
prinsip yang tiada kesudahannya
walau dimana dikejar atau mengejar
najis itu tetap mengiringi mereka

ayuhlah semua
kita ayunkan langkah kita
membuka semua ruang
melangkah terus kehadapan
ilmu di dada sebagai benteng pertahanan
agama dididik bangsa dijaga
musnahkan dadah tanda kemenangan
hasil sajak ini dihasilkan pada zaman persekolahan dahulu. Sajak ini di cipta sempena pertandingan sajak jauhi dadah bagi peringkat negeri.
sama-sama kita hayati penegertian sajak ini...
CERITA YANG LUKA
insan yang mulia
yang bergelar warga dunia
masihkah terlena dibuai cerita luka
anak-anak remaja dan belia
tidak kira apa warna
tidak kira apa anutannya
dinodai kesuciannya dengan ganja, morphin,
heroin dan sebangsa dengannya
gara-gara ingin memcuba
atau menyelesaikan kekusutan yang ada
atau dipengaruhi oleh rakan sebaya
tanpa jati diri tanpa semangat waja
dadah dipilih rakan setia
kini bait dan gemanya
bermukim dimedia massa
saban hari ia telah menundukkan
kepandaian seorang mahasiswa
kejelitaan seorang wanita
kenakalan seorang remaja
kealiman seorang beragama
masa remajamu melayang
dilanda kemelut dinodai dengan dadah
yang menghulurkan nafsu dan kealpaan
melerai kasih ayah bonda
memusnah cinta agama
dadah parasit dan pembunuh
pernah dinobatkan musuh nombor satu negara
pelebur impian dan cita-cita manusia
perampas erti bahagia
bersama asap, debu dan suntikan
insan yang mulia
bukalah matamu
genggam erat tangan mu
agar lenyap cerita yang luka ini
dengan agama mengajar manusia menjadi baik
memerangi dadah punca masalah
KEPASTIAN

Wan Noor Ashikin Bt Wan Daud

nama: wan noor ashikin bt wan daud
pelajar: pelajar UPSI
asal: kelantan
bangsa: Melayu
warganegara: Malaysia
alamat: b-4-10, kolej ungku omar, universiti pendidikan sultan idris, 35900, tanjung malim, perak

BENCANA ALAM

MUTIARA KATA: hidup ini ibarat satu perlayaran, mengemudi bahtera untuk sapai ke terminal kejayaan. dengan itu layarkanlah usaha gigihmu agar tidak tengelam di dalam dilema kekecewaan…



contoh hasil karya tokoh rapael dan leonardo da vinci




AKTIVITI SAYA

gambar bendendera yang diperbuat daripada tempurung yang dicat bersempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-52


Bendera ini terletak di Kolej Harun Aminurrasyid (KHAR)


KENANGAN BERSAMA kawan-kawan di Kolej Harun Aminurrasyid

JOM BERSAMA EIKIEN………………………..

SEPINTAS LALU TENTANG KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE-52

Tanpa kita sedari negara kita telah mencapai kemerdeka yang ke-52 tahun. Oleh itu, sebagai rakyat malaysia kita seharusnya mengharai kemerdekaan tersebut dan mempetahankan negara daripada dijajah lagi. Namun begitu, walaupun negara kita sudah mancapai kemerdekaan lebih dari separuh abad tetapi kebanyakkan daripada kita masih lagi dijajah dalam sesetangah aspek. Hal ini bermakna mereka dijajah dengancara halus iaitu menerusi pemikiran dan cara hidup. Hal ini demikian kerana kita hanya merdeka daripada penjajahan ketenteraan tetapi kita masih lagi dijajah dalam aspek pemikiran. Hal ini dapat dibuktikan menerusi pengaruh budaya barat yang mempengaruhi pemikiran rakyat terutama para remaja yang mudah terpengaruh degan cara pemakaian dan corak pergaulan bebas yang akhirnya menimbulkan pelbagai masalah sosial dalam kalangan masyarakat

Suziana Maslinda Binti Muhamad

nama sebenar: suziana maslinda binti muhamad
nama samaran: sue @ suzie
tarikh lahir: 13 mei 1988
hobi: melukis, dengar muzik, memasak, melancong, dan lepak dengan kawan
asal: pasir emas, kelantan
motto: I CAN DO IT !





KENANGAN TERINDAH SEPANJANG BELAJAR KAT UPSI

ketika minggu orientasi, berjumpa dengan kawan-kawan baru


ketika minggu orientasi, berjumpa dengan kawan-kawan baru


hari yang dinantikan, AKU JANJI PELAJAR sebagai pelajar UPSI

bersama dengan kawan-kawan baru dari Sarawak


kenangan manis semasa minggu orientasi "SUKSIS"


bestnya minggu orientasi sudah berakhir


bergambar bersama kawan-kawan dengan hadiah yang didapati


Gambar kenangan ketika pergi menemuramah pelukis cat air En Abdul Ghani Ahmad
bersama ahli kumpulan seni tampak dan En Abdul Ghani

antara koleksi lukisan beliau


bergambar bersama pelukis lain di Pasar Seni



Kenangan ketika menyertai pesta bahasa antarabangsa



Siti Dalina Binti Adnan

nama: siti dalina binti adnan
nama samaran: dalee, ena, alee
umur: 20 tahun
hobi: bersajak dan mencipta bait-bait kata puitis
kursus: pendidkan seni visual
sekolah akhir: sekolah menengah kebangsaan Yan

e-mail: da_alee@yahoo.com.my



LEPASKA AKU DARI RINDUMU

Ku rasa bagaikan kaca yang menghiris hati.
Sayang andai kau mengerti kitaran hidupku yang terlepas dari rindumu ini,
Kau akan mengerti kenapa tiba-tiba rinduku ini kian menghilang dan terlepas dari hidupmu..
Walau kau tak pernah jauh,walau kau tak pernah pergi dari hidupku..
Kau sentiasa menanti kehadiranku dalam hidupmu…
Aku pula sentiasa lari dari hidupmu…
Semakin aku lari,semakin bayangmu mendekati kitaran hidupku…
Bukan sayang dan rindumu yang ku pinta…tapi lepaskanlah aku wahai matahariku…Sinarlah engkau di dalam hidup insan yang memerlukan cahaya rindumu itu…


Nurkilan insan : dalina adnan



PERMATA HATI ADNAN

Berdirinya aku seorang insan yang kerdil di atas muka bumi tuhan,
Aku dilahirkan hasil dari perkongsian cinta antara kedua orang tuaku…
Akulah bukti cinta mereka yang agong…

Akulah dalina…
Siti Dalina binti adnan….


penyertaanku bersama rakan di International Languages Fiesta,yang sekaligs mengarap sebutir kenangan yang terindah di SITC UPSI

HASIL PEMBELAJARANKU DI UPSI





Sekian……dariku….insan yang bernana Siti Dalina Binti Adnan